BENGKEL HALA TUJU PROFESION
SAINS KESIHATAN
KATA ALUAN PENGERUSI
PROF. DR. SUZANAH ABDUL RAHMAN
PENGERUSI
MAJLIS DEKAN SAINS KESIHATAN UNIVERSITI AWAM
Assalamualaikum wrt wbt. & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT di atas rezeki kesihatan dan ruang masa untuk kita bersama-sama di dalam Bengkel Hala Tuju Profesion Sains Kesihatan anjuran Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam yang buat julung-julung kalinya diadakan pada 31 Mei hingga 1 Jun 2021, bagi menaik taraf bidang-bidang sains kesihatan dan mengkaji semula hala tuju profesion-profesion kesihatan bersekutu di dalam era pandemik pada masa kini.
Tahniah dan syabas diucapkan ke atas usaha yang telah ditunjukkan dan kerjasama persahabatan di antara kesemua ahli jawatankuasa bengkel. Setinggi-tinggi perhargaan disampaikan kepada semua yang telah berusaha di dalam memastikan bengkel ini berjaya menjadi satu inisiatif yang sangat bermakna kepada komuniti sains kesihatan dan kesihatan bersekutu.
Terima kasih juga kepada kesemua tetamu kehormat yang sama-sama menyumbang di dalam menjayakan acara bengkel terutama kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) Malaysia kerana sudi merasmikan Bengkel Hala Tuju Profesion Sains Kesihatan anjuran Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam 2021 ini. Sokongan serta tenaga dan masa yang telah disumbangkan oleh semua pihak amat kami hargai.
Diharap kesemua peserta dari pelbagai agensi dan wakil-wakil institusi dan industri akan mendapat manfaat dari pembentangan dan ucapan dari tetamu jemputan dan perbincangan mengenai topik-topik signifikan yang akan diadakan selama dua hari ini. Walaupun secara maya sepenuhnya, dengan izin yang Maha Esa, insya Allah, perbincangan dan muafakat keseluruhan perserta semasa bengkel akan dapat mebuahkan resolusi serta anjakan pemikiran dan paragdima di dalam menghadapi cabaran-cabaran di dalam pelaksanaan program serta pendidikan bidang-bidang berkaitan seterusnya meningkatkan kualiti para graduan dan membantu pencapaian aspirasi nasional.
Akhir kata, saya ingin merakamkan terima kasih tidak terhingga di atas usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh kesemua ahli-ahli Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam di dalam mejayakan program ini. Jazakallahu Khairan Kathira.
Sekian, terima kasih.
OBJEKTIF PROGRAM
Bengkal ini diadakan untuk membincangkan:
Isu-isu yang berkaitan hala tuju Profesion Sains Kesihatan termasuk keperluan pengambilan pelajar Sains Kesihatan pada masa akan datang
Akta Profesion Kesihatan Bersekutu (APKB)
Pemantapan kurikulum dan standard program di kalangan kakitangan Sains Kesihatan
Rangkaian kerjasama Sains Kesihatan di peringkat global dan industri
HASIL PROGRAM
Bengkel ini adalah bertujuan untuk:
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang Akta Profesion Sains Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) dan menyelaraskan keperluan pengambilan pelajar jurusan Sains Kesihatan
Memantapkan hala tuju Profesion Sains Kesihatan dalam memenuhi keperluan terkini industri perubatan dan kesihatan.
Menambahbaik kurikulum dan standard program sains kesihatan selaras dengan
perkembangan sains dan teknologi
Menjalinkan rangkaian kerjasama Sains Kesihatan di peringkat global dan industri bagi menaiktaraf kebolehpasaran graduan